fbpx

Kem badminton AUG negara bolot dua emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara menyapu bersih dua pingat emas bagi acara badminton berpasukan lelaki dan wanita hari ini.

UBON RATCHATHANI – Malaysia kembali merampas status sebagai kuasa besar sukan badminton peringkat universiti di rantau Asia Tenggara.

Gelaran itu hadir selepas Malaysia menyapu bersih dua pingat emas acara berpasukan lelaki dan wanita untuk edisi AUG 2022 pada aksi final di Dewan Badminton Universiti Ubon Ratchathani Rajabhat hari ini. 

Ketua jurulatih pasukan badminton AUG, Datuk Rashid Sidek tak menjangka mereka boleh menewaskan Indonesia 3-0 menerusi tiga perseorangan lelaki walaupun salah seorang pemain mengalami kecederaan.

“Ada seorang pemain kita cedera (Ng Jun Yan) dan kebetulan lawan juga mengalami kecederaan. Mungkin tuah kita untuk menang hari ini (semalam).

“Namun, prestasi semua pemain lelaki kita memang bersemangat untuk menang. Saya percaya kita boleh melebihi sasaran emas yang kita sasarkan di sini,” katanya.

Kejayaan skuad lelaki bermula dengan kemenangan Jun Yan ke atas Muhammad Ferbriansyah 21-14, 21-4 sebelum Tai Chuan Zhe menumbangkan Muhammad Rafi Zafran Ferary 21-18, 21-10.

Pingat emas sah milik Malaysia selepas Faiz Rozain menang 21-16, 11-1 ke atas Nendi Novatino Ferary yang terpaksa menarik diri kerana masalah kecederaan.

Ia membolehkan pasukan lelaki negara kembali merampas pingat emas selepas tewas kepada Thailand sewaktu edisi AUG 2018 di Nay Pyi Daw, Myanmar. 

Kejayaan itu diteruskan oleh skuad wanita selepas menewaskan Indonesia 3-2 di final dan mempertahankan pingat emas yang dimenangi sewaktu edisi AUG 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI