fbpx

Bas ‘terbakar’ dalam Terminal Larkin Sentral

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba 'memadam' kebakaran sebuah bas pada Sesi Latihan Kebakaran di Larkin Sentral, Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Orang ramai yang berurusan di Terminal Larkin Sentral gempar apabila sebuah bas terbakar di tempat letak kenderaan di dalam kawasan terminal di sini hari ini.

Bagaimanapun orang ramai terutama para penumpang menarik nafas lega apabila bunyi siren dan asap itu adalah latihan kebakaran dari pihak pengurusan Larkin Sentral.

Pengurus Bangunan Larkin Sentral, Mohd. Helmi Mohd. Affendi berkata, ini merupakan sesi latihan kebakaran bangunan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan Larkin Sentral dengan kerjasama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor.

“Latihan tersebut diadakan pada kira-kira pukul 11.00 pagi di kawasan Platform Bas Terminal dengan mendapat kerjasama dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Larkin, Johor Bahru.

“Turut terlibat ialah Pasukan Respon Kecemasan (ERT) Larkin Sentral seramai 42 orang yang dianggotai oleh pelbagai wakil dari pihak pengurusan bangunan termasuk anggota pekerja kontraktor perkhidmatan (Kebersihan, Keselamatan dan lain-lain,”katanya ketika ditemui di sini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI