fbpx

Pelancong Britain maut terkena kipas helikopter ketika rakam swafoto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACK Fenton melakukan perjalanan ke Greece bersama ibu bapanya. – Facebook

ATHENS – Seorang pelancong Britain maut di Greece akibat terkena bilah helikopter ketika cuba merakam swafoto, manakala tiga kru pesawat berkenaan ditahan, lapor akhbar New York Post semalam.

Dalam kejadian pada Isnin lalu, Jack Fenton, 22, baru sahaja turun daripada helikopter Bell 407 di sebuah helipad di luar Athens apabila dia terkena bilah kipas belakang yang masih berputar, lapor akhbar The Guardian.

“Siasatan kami tertumpu kepada kecuaian. Persoalan timbul daripada keterangan saksi iaitu kenapa kipas tidak berhenti berpusing apabila penumpang dibenarkan turun pada Isnin lalu,” kata sumber polis kepada media.

Ketika kejadian, Fenton dalam perjalanan pulang daripada percutian bersama keluarganya di sebuah pulau di Greece. 

Dia dilaporkan turun daripada helikopter dan menuju ke belakang pesawat itu tanpa menyedari kipasnya masih berpusing. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Helikopter kedua yang membawa ibu bapanya dialihkan supaya mereka tidak melihat insiden mengerikan itu, lapor stesen penyiaran Sky News.

Ketua kesatuan polis, Girgos Kalliakmanis berkata, bilah helikopter berputar selama kira-kira dua minit apabila enjin dimatikan melainkan juruterbang menekan butang yang boleh menghentikannya dalam masa kira-kira 50 saat, demikian menurut Sky News.

“Pintu helikopter tidak mempunyai keselamatan, sesiapa sahaja boleh membuka pintu dan keluar. Siasatan awal akan melihat sama ada juruterbang memaklumkan mereka (penumpang) untuk keluar hanya apabila kipas  berhenti,” kata Kalliakmanis. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI