fbpx

JKM nafi Siti Nuramira pemegang kad OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Infografik yang tular di media sosia

PETALING JAYA – Jabatan Kebajikan Masyarkat (JKM) mengesahkan bahawa wanita kontroversi yang didakwa menghina Islam, Siti Nuramira Abdullah bukan pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU).

Menurut JKM, perkara tersebut disahkan selepas membuat semakan rekod menerusi Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU).

Justeru kata JKM, pihak media diminta untuk mendapatkan pengesahan daripada JKM terlebih dahulu bagi memastikan perkara yang dilaporkan adalah sahih.

“JKM berharap laporan berkenaan diperbetulkan segera oleh pihak berkaitan bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan masyarakat terutamanya bagi menjaga sensitiviti golongan OKU,”kata JKM dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular infografik laporan di media sosial yang mendakwa wanita tersebut di bebaskan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana mempunyai kad OKU. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI