fbpx

Perjanjian Malaysia 1963 tidak akan digantikan dengan perjanjian baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maximus Ongkili

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak berhasrat mengubah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang membawa kepada pembentukan Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, tiada siapa harus mengubah perjanjian asas pembentukan Malaysia tersebut.

“Mana-mana pandangan yang mencadangkan perjanjian baharu Malaysia adalah perjuangan yang terpesong daripada perjuangan nasionalisme negara.

“Apabila MA63 diabaikan bermakna membelakangi Persekutuan Malaysia. Pandangan sebegini sangat mengelirukan, tersasar dan tidak selaras dengan Perlembagaan Negara,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd. Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) mengenai pandangan kerajaan terhadap cadangan oleh beberapa ahli politik berkenaan keperluan perjanjian baharu bagi menggantikan Perjanjian Malaysia 1963.

Maximus seterusnya berkata, cadangan tersebut sangat mengelirukan, tersasar dan tidak selaras dengan Perlembagaan Negara.

Ujar beliau, perkara yang harus diberi tumpuan sama ada perkara yang dipersetujui dalam perjanjian itu telah dipatuhi dan ia menjadi tanggungjawab bersama untuk dilaksanakan.

“Kita harus bersatu padu membina kekuatan, keamanan dan perpaduan negara demi anak dan cucu kita. Kita perlu elak bermain politik,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Azis, Maximus berkata, kerajaan sedang mengkaji isu melibatkan Pemberian Khas 40 peratus hasil negeri Sabah dikutip Kerajaan Persekutuan.

Pada 14 Mac lalu, Azis Jamman menggesa kerajaan supaya menjelaskan mengenai Pemberian Khas 40 peratus hasil negeri dikutip Kerajaan Persekutuan.

Ia ekoran jawapan bertulis Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kepada Dewan Rakyat menyatakan pemberian khas itu tidak lagi terpakai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI