fbpx

Penggunaan hampas isirung sawit, kurangkan kebergantungan import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) melakukan gimik perasmian Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia 2022 (MIACES) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini. Turut sama, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin (kiri). -FOTO: FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Kerajaan menggalakkan penggunaan hampas isirung sawit sebagai bahan mentah makanan domestik bagi sektor akuakultur dan penternakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi penggunaan bahan biojisim itu dijangka dapat mengurangkan pergantungan import makanan ternakan dan akuakultur dari negara luar serta dapat menyumbang kepada inisiatif sekuriti makanan negara dengan memperkukuh rantaian bekalan makanan domestik.

“Kerajaan menyedari seluruh dunia termasuk Malaysia berdepan dengan cabaran sekuriti makanan akibat ketidaktentuan ekonomi global dan krisis geopolitik serta perubahan iklim.

“Perkembangan ini menjejaskan rantaian bekalan makanan kerana ada negara menghentikan eksport bahan makanan untuk keperluan haiwan ternakan,” jelasnya ketika berucap ketika merasmikan Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia 2022 (MIACES) di sini hari ini.

Tambah Perdana Menteri, pendekatan itu juga dapat memacu pembangunan kitaran ekonomi, lebih-lebih lagi apabila Malaysia merupakan antara negara pengeksport minyak sawit kedua terbesar di dunia.

“Pada masa yang sama, pendekatan untuk menggunakan bahan mentah daripada sisa buangan atau lebihan di sepanjang rantaian nilai sektor agrikomoditi, juga diberi tumpuan bagi memacu pembangunan ekonomi kitaran ekonomi.

“Ini termasuk menjadikan sumber biojisim agrikomoditi sebagai antara komponen penting dalam ekonomi kitaran yang berupaya menghasilkan produk nilai tambah, sekali gus membolehkan Malaysia bakal muncul sebagai hab biojisim,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI