fbpx

Gunung Inas: Pokok musang king bukan spesies untuk ladang hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandangan dari udara Gunung Inas di Baling. - SHAHIR NOORDIN

KUALA LUMPUR – Pokok musang king tidak tersenarai dalam 11 spesies tanaman yang dikenal pasti sebagai ladang hutan seperti akasia, batai, getah klon, balak dan jati.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, dengan demikian projek penanaman musang king di Gunung Inas telah melanggar syarat penanaman ladang hutan.

“Projek penanaman durian musang king telah dilaksanakan oleh kerajaan Kedah seawal tahun 2017 dan kerajaan Kedah pada tahun 2019 meluluskan tanaman musang king sebanyak 20 peratus daripada keluasan dibenarkan.

“Jabatan Perhutanan Kedah telah melihat perkara ini sebagai pelanggaran syarat kerana musang king bukan spesies ladang hutan telah ditanam sebanyak 5,000 pokok di keluasan 52 hektar di atas Gunung Inas.

“Pada tahun 2020, Jabatan Perhutanan Kedah dibawah Menteri Besar Kedah telah mengarahkan pemberhentian segera aktiviti penanaman pokok durian ini,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) tentang penyelesaian yang dirancang KeTSA bagi memastikan keselamatan penduduk di sekitar Gunung Inas berikutan insiden kepala air yang berlaku baru-baru ini.

Takiyuddin berkata, tindakan lanjut sama ada hendak ditebang sebanyak 5,000 pokok musang king yang sudah ditanam di Gunung Inas atau hendak dikekalkan sehingga habis tempoh merupakan bidang kuasa kerajaan negeri.

“Kerajaan Persekutuan hanya boleh memberi nasihat dan pandangan termasuk pandangan teknikal dan sebagainya kerana bukan penguatkuasaan (Kerajaan Persekutuan) dalam kawasan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI