fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh PU Rahmat di laman Threads.

Melabel ‘Universiti Maksiat’ keterlaluan – PU Rahmat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, PU Rahmat Ikhsan menegur tindakan segelintir pihak yang melabel sebuah universiti terkemuka sebagai ‘Universiti Maksiat’ susulan isu teater yang tular dengan menyifatkan gelaran itu sebagai keterlaluan.

Menerusi hantaran di laman Threads, PU Rahmat berkata, institusi berkenaan masih menganjurkan banyak program ilmu yang melahirkan golongan cendekiawan, khususnya melalui Akademi Pengajian Islam (API).

“Melabel UM sebagai universiti maksiat adalah keterlaluan, masih banyak program berilmu dan API adalah lubuk atau rahim melahirkan ramai cendekiawan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menegaskan insiden tersebut wajar dijadikan peringatan kepada pihak universiti untuk menilai semula dasar dan pemantauan.

“UM wajar mengambil kes ini sebagai ‘wake-up call’ dan mengubah polisi,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan masyarakat agar tidak terlalu cepat menghukum sehingga menjejaskan keseluruhan reputasi institusi pendidikan tersebut.

“Sedikit kesalahan jangan meruntuhkan segala kebaikan. Berpada-padalah wahai umat kerana kita umat bukan nabi yang maksum,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dilontarkan orang ramai berhubung hantaran tersebut.

Seorang pengguna, @Aleezmil berpendapat gelaran tersebut timbul susulan kes berulang melibatkan aktiviti seni dan teater yang didakwa melampaui batas.

Sementara itu, pengguna @Mariyareads90 pula mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu cepat menghukum tanpa menegur menggunakan saluran yang betul.

“Yang salah, tegurlah pada medan yang sepatutnya bukan dicaci maki, dicela seolah-olah diri kita tidak pernah berbuat kesilapan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN