fbpx

Bayaran masuk ke Taman Negara Pulau Komodo dinaikkan kepada RM1,112

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayaran masuk yang berubah adalah bagi Pulau Padar dan Pulau Komodo dari RM44 ke RM1,112 yang sah selama setahun dari tarikh pembelian. - Pontas.id

JAKARTA – Rancangan pemerintah Indonesia untuk menaikkan harga secara besar-besaran di Taman Negara Komodo telah mencetuskan kontroversi bahawa ia akan menjejaskan penduduk tempatan, lapor akhbar Arab News, semalam.

Pada 18 Julai, lebih seribu orang turun ke jalan-jalan di Labuan Bajo di Kabupaten Manggarai Barat NTT untuk membantah rancangan kerajaan.

“Jika pelan ini diteruskan, pendapatan rakyat akan berkurangan dan kualiti hidup juga akan menurun. Perniagaan kecil tidak akan berkembang,” kata salah seorang penganjur protes, Formapp Mabar, Rafael Todovela.

Tambah Rafael, pihak Formapp Mabar akan meneruskan bantahan sehingga 30 Julai.

Taman itu yang juga merupakan tapak warisan dunia UNESCO terletak di wilayah paling selatan di Nusa Tenggara Timur (NTT) yang terdiri daripada pulau Rinca, Padar dan Komodo.

Ia merupakan habitat kepada biawak terbesar dan paling berat di dunia serta menempatkan kira-kira 2,900 ekor komodo yang terancam.

Awal bulan ini, pegawai Indonesia mengumumkan rancangan untuk mengehadkan bilangan pelawat kepada 200,000 setahun dan menaikkan yuran kemasukan ke pulau Komodo dan Padar, daripada AS$10 (RM44) kepada kepada kira-kira AS$250 (RM1,112) bermula 1 Ogos.

Harga baharu itu termasuk yuran pemuliharaan dan membolehkan pelancong melawat taman itu  dalam tempoh 12 bulan sambil turut menyumbang kepada usaha kerajaan tempatan untuk mengekalkan ekosistem biawak komodo.

Presiden Joko Widodo, semasa lawatan ke Pulau Komodo Khamis lalu berkata, pelancong masih boleh melawat pulau Rinca dan membayar yuran lama.

“Kita mahu pemuliharaan tetapi kita juga perlu meningkatkan ekonomi melalui pelancongan.

“Kalau pelancong mahu melihat Komodo biasa, sila ke Pulau Rinca, terdapat juga komodo di sana dan kos bayarannya sama seperti dahulu.

“Tetapi jika mahu melihat komodo di pulau Komodo,  maka perlu bayaran yang berbeza. Itu sahaja, jelas dan terang,” tegas Jokowi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI