fbpx

Akibat degil, motosikal tersekat lalu jalan baru diturap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang lelaki yang melalui jalan baru sahaja diturap tetapi motosikalnya tersekat. – Instagram

JAKARTA –  Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah motosikal milik seorang lelaki tersekat setelah dia nekad melalui jalan yang baru sahaja diturap, lapor laman berita Suara.com.

Video berkenaan dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos.

Kejadian itu kelihatan berlaku di sebuah kampung pada waktu tengah hari. 

Ia memaparkan seorang lelaki sedang duduk di atas motosikalnya yang terkandas akibat melalui jalan yang baru sahaja diturap.

Seorang pekerja pembinaan kemudian datang menghampiri lelaki tersebut lalu membantunya untuk mengalihkan motosikal tersebut.

Motosikal itu ditarik ke arah belakang mengikut laluan jalan yang dilaluinya.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Jangan bantu. Biar sahaja simen itu mengeras pada motosikalnya,” kata seorang netizen.

“Patutnya tidak perlu dibantu, biasa sahaja dia tarik/tolak sendiri. Menyusahkan orang betul,” komen netizen lain. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI