fbpx
Gambar hiasan.

Ribut petir, hujan lebat di 7 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di tujuh negeri petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh Kuala Lumpur dan Labuan manakala beberapa kawasan di negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak serta Sabah.

“Bagi negeri Selangor antara kawasan yang terjejas ialah di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat manakala di Melaka hanya di Alor Gajah.

“Bagi Negeri Sembilan pula melibatkan kawasan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau manakala di Sarawak di kawasan Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau) dan Limbang (Lawas),” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, cuaca tidak menentu bagi negeri Sabah di kawasan Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR