fbpx
GAMBAR kenangan lima sekeluarga (dalam bulatan) yang maut dalam kemalangan.

Lima maut: ‘Ibu kata semua urusan telah selesai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang anak tidak menyangka pangilan video yang dibuat bersama ibunya akan menjadi kenangan terakhir mereka selepas dia kehilangan lima ahli keluarga yang maut dalam nahas berhampiran Hentian Titiwangsa di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli kelmarin.

Siti Fatimah Mohd. Rodhi, 27, berkata, dia sempat menghubu­ngi ibunya, Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59, pada pukul 12 tengah hari, iaitu kira-kira empat jam sebelum kemalangan berlaku.

Anak keempat dari lima beradik itu berkata, ibu dan ayah­nya, Mohd. Rodhi Othman, 64, bersama kakak, Siti Aishah, 3; abang ipar, Ahmad Khomaini Abu, 32, serta anak saudara, Zara Hana Ahmad Khomaini, 6, ketika itu dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu di Kelantan ke Sungai Petani, Kedah.

Berita berkaitan: Toyota Hilux hilang kawalan punca lima beranak maut

“Saya membuat panggilan vi­deo ketika mereka dalam kende­raan dan ibu memaklumkan yang semua urusan sudah selesai dan dalam perjalanan pulang.

“Bagaimanapun, saya mendapat panggilan daripada individu tidak dikenali sekitar pukul 4 petang yang memaklumkan keluarga saya terlibat kemalangan.

“Pemanggil tersebut turut memberitahu bahawa mereka semua tidak dapat diselamatkan,” katanya di sini semalam.

JENAZAH lima sekeluarga disembahyangkan di Masjid Jamek Haji Abdul Rashid, Sungai Dua, Seberang Perai Utara semalam.

Jelasnya lagi, kelima-lima ahli keluarganya itu berada di Kelantan sejak Jumaat lalu untuk menghantar kakaknya, Siti Khadijah yang mengikuti pengajian pondok di sana.

“Saya memang terkejut sebab baru sahaja bercakap dengan ibu dan ahli keluarga lain, tiba-tiba mereka pergi buat selama-lamanya,” ujarnya.

Berita berkaitan: Lima termasuk kanak-kanak maut dalam nahas jalan raya

Terdahulu, jenazah lima sekeluarga itu tiba di pekarangan Masjid Jamek Haji Abdul Rashid, Sungai Dua, Seberang Perai Utara di sini pada pukul 12.56 tengah hari semalam.

Kesemua jenazah dibawa pulang dengan menaiki empat van jenazah dari Hospital Gerik, Pe­rak kira-kira pukul 11.20 pagi.

Sementara itu, anak sulung mangsa, Mohammad Firdaus, 35, menjelaskan, sebaik ahli keluarga­nya selesai menghantar adiknya ke sebuah sekolah pondok, mereka kemudian menuju ke Sungai Dua, Butterworth bagi menziarahi saudara yang meninggal dunia.

Beliau berkata, keluarganya sepatutnya pulang kelmarin selepas menghantar adiknya ke sekolah berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, ibunya menerima panggilan bahawa bapa mertua kepada adik ibunya telah meninggal dunia dan akan dikebumikan di Sungai Dua, Butterworth, kelmarin.

“Saya sempat menghubungi ibu dan dan dia tidak menunjukkan apa-apa perubahan.

“Tidak lama selepas itu, isteri saya telefon dan beritahu bahawa keluarga kami terlibat kemalangan. Saat itu saya terkejut dan lemah serta tidak boleh fikir apa-apa,” katany

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN