fbpx

[KEMASKINI] Lima termasuk kanak-kanak maut dalam nahas jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perodua Alza yang dinaiki lima sekeluarga yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli kelmarin.

GERIK – Lima termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut dalam nahas membabitkan dua buah kenderaan berhampiran Hentian Titiwangsa di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli hari ini.

Mangsa terlibat merupakan dua lelaki berusia 58 dan 30-an, manakala dua lagi mangsa adalah wanita berusia 59 dan 32 tahun sementara kanak-kanak berusia 5 tahun.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 3.45 petang.

“Bomba menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada pukul 3.45 petang melibatkan sebuah kereta Perodua Alza dan Toyota Hilux. Kejadian melibatkan tujuh orang mangsa, lima maut manakala dua lagi cedera ringan.

“Anggota bomba yang tiba di tempat kejadian melakukan kerja menyelamat mangsa dengan menggunakan peralatan khas. Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jeli, manakala mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada pukul 7 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kemalangan terbabit melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang dinaikinya mangsa terlibat dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux.

“Pemandu dan empat penumpang MPV telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Pegawai penyiasat masih menjalankan siasatan di lokasi kemalangan. Laporan lanjut akan menyusul,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI