fbpx

Iran didakwa miliki bekalan uranium mencukupi untuk hasilkan bom nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tentera Iran melancarkan peluru berpandu balistik di Gurun Great Salt Januari lalu. – Getty Images

WASHINGTON – Seorang bekas pegawai kanan Washington mendakwa bahawa Iran telah pun menjadi sebuah negara berkeupayaan senjata nuklear dengan mempunyai bekalan uranium yang mencukupi bagi membina satu atau dua bom pemusnah itu, lapor portal berita MailOnline semalam.

Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat bagi Kawalan Senjata dan Keselamatan Antarabangsa, Robert Joseph berkata, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah mendokumentasikan bahawa Iran memiliki 60 peratus uranium yang diperkaya.

Jumlah tersebut cukup untuk menghasilkan sekurang-kurangnya satu atau dua bom nuklear.

“Selama bertahun-tahun kami telah katakan bahawa Iran menghampiri tempoh itu dan kita benar-benar perlu berunding dengan mereka,” kata beliau menjelang persidangan ‘Bebaskan Iran’ yang dijadualkan berlangsung di Albania.

Acara itu bagaimanapun dibatalkan disebabkan ancaman keganasan.

Sementara itu, IAEA, sebuah badan pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Mei lalu berkata, tempoh masa yang diperlukan oleh Iran untuk menghasilkan senjata nuklear telah berkurangan kepada dua minggu.

Bagaimanapun, Institut bagi Keselamatan Sains dan Antarabangsa pada bulan berikutnya mendakwa bahawa tempoh masa itu telah mencecah sifar.

“Kami mendapat tahu bahawa Iran sering menjalankan ujian peluru berpandu balistik. Mereka juga sedang mendapatkan bekalan uranium yang mencukupi bagi menghasilkan senjata nuklear,” kata seorang ahli Parlimen Britain, Matthew Offord. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI