fbpx

Tak dapat jumpa anak punca lelaki tumbuk bekas isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG – Tidak dapat bertemu dengan anak dipercayai menjadi punca seorang lelaki menumbuk bekas isteri ketika bergaduh dalam kejadian di Taman Melor, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa wanita tempatan berusia 47 tahun itu telah pulang ke rumah pada pukul 4.30 petang sebelum mendapati pintu pagar kediaman tercabut serta rumah berselerak.

“Mangsa telah ke Balai Polis Pandan Indah untuk membuat laporan sebelum anak memaklumkan bahawa bekas suaminya berada di dalam rumah.

“Apabila mangsa pulang ke rumah, berlaku pergaduhan antara mereka sebelum suspek bertindak menumbuk wanita berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, mangsa mengalami kecederaan di bahagian rahang kanan, kepala serta tengkuk dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

Susulan itu, polis telah menahan suspek lelaki tempatan yang berusia 57 tahun di lokasi kejadian pada hari yang sama.

“Kita turut menemui tiga peket plastik disyaki dadah jenis ganja bersama suspek manakala saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 27 Julai bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI