fbpx

Hujan lebat dan ribut petir di beberapa kawasan Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan ribut petir berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung sejak awal pagi tadi.

MetMalaysia menerusi laporan pada Youtube memaklumkan, hujan lebat dan ribut petir dilaporkan di perairan Selat Melaka serta Pahang meliputi Kuantan, Pekan dan Rompin serta Johor melibatkan Mersing.

“Bagi Sabah dan Sarawak pula, tiada hujan dicerap di semua bahagian, cuma hujan lebat dan ribut petir dilaporkan di perairan Sarawak dan Labuan yang beransur reda,” katanya di sini.

Bagi sebelah petang pula, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat dan ribut petir berpotensi berlaku di pedalaman pantai barat Semenanjung serta hampir kesemua bahagian Sabah dan Sarawak.

“Adalah diingatkan keadaan hujan lebat dan ribut petir boleh berterusan sehingga awal malam nanti.

“Jika berlaku dalam tempoh lama, boleh mengakibatkan banjir kilat di kawasan berkedudukan rendah,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI