fbpx

Erik Ten Hag akui Manchester United perlukan penyerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTONY

MELBOURNE – Pengendali Manchester United, Erik Ten Hag mengakui bahawa skuad kendaliannya itu perlu mendapatkan seorang penyerang sebelum jendela perpindahan ditutup sekiranya mahu mencabar kejua­raan musim baharu nanti.

United dikaitkan dengan seorang lagi anak didik Ten Hag di Ajax, Antony yang dianggarkan bernilai £68 juta (RM363.03 juta) dan ejennya, Junior Perdroso dilaporkan sudah berada di Manchester sejak Khamis lalu.

“Saya fikir ia sangat penting untuk kami mendapatkan pe­nyerang jika mahu meraih kejayaan kerana setiap musim adalah perjalanan yang panjang.

“Banyak perlawanan yang kami perlu hadapi, jadi anda perlu lebih pilihan di bahagian serangan, namun kami masih lagi mempunyai masa untuk berusaha mendapatkannya.

“Kami mendapatkan (Christian) Eriksen untuk beraksi di bahagian tengah dan kami sa­ngat gembira. Setakat ini, saya berpuas hati dengan bahagian midfield dan serangan pasukan.

“Musim ini juga akan melibatkan banyak perlawanan, termasuk Piala Dunia, jadi kami perlu lebih ba­nyak pilihan. Kami memiliki skuad yang baik dan perlu menjadikannya lebih baik untuk mendapatkan keputusan yang diharapkan,” kata Ten Hag.

Aksi pramusim kali ini me­nyaksikan United berjaya meledak 11 gol dalam tiga perlawanan menentang Liverpool, Melbourne Victory dan Crystal Palace dengan jentera serangan diketuai Anthony Martial selepas ketia­daan Cristiano Ronaldo.

Ten Hag turut memuji impak diberikan oleh Fred yang berjaya menjalankan tugasnya menjadi penghubung antara bahagian pertahanan dan jentera sera­ngan The Red Devils.

“Dia memainkan peranan dengan baik. Saya berpuas hati setakat ini dengan persembahan diberikan dan peningkatan yang ditunjukkan dalam semua aksi pramusim yang disertai.

“Dia mampu untuk menjadi seorang pemain yang lebih baik. Saya sentiasa akan memberikan sokongan kerana dia juga memberikan tenaga kepada pasukan ini melalui sikapnya yang positif ketika di dalam padang dan bilik persalinan dan sangat diperlukan Uni­ted,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI