fbpx

Econsave sasar buka lebih 100 cawangan hujung tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini (depan tiga kanan) bersama pengurusan Econsave dan keluarga B40 pada majlis tersebut.

KLANG – Rangkaian Pasar Raya Econsave Cash & Carry (Econsave) menyasarkan pembukaan lebih 100 cawangan menjelang penghujung tahun depan.

Pengurus Besar Econsave, Mas Imran Adam berkata, bagi merealisasikannya, pihaknya akan menumpukan pembukaan lebih 12 cawangan baharu dengan kira-kira tujuh pada tahun ini.

Katanya, cawangan baharu yang telah dibuka adalah Chemor dan Lenggong di Perak ; Bandar Seri Botanik dan Pandamaran di Selangor, Angsana Mall Johor Bahru dan Ampang Baru di Kuala Lumpur.

“Hari ini merupakan pembukaan cawangan ke-88 iaitu di Pandamaran dalam memberi peluang untuk orang ramai mendapatkan barangan keperluan dengan harga berpatutan.

“Pihak kami menyasarkan menjelang hujung tahun hadapan kita sudah memiliki lebih 100 cawangan di seluruh negara,” katanya selepas perasmian pembukaan Econsave Pandamaran, hari ini.

Perasmian itu disempurnakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Noraini Roslan.

Pada majlis itu juga, sebanyak 20 keluarga B40 menerima baucer membeli-belah bernilai RM200 setiap satu dari pihak pengurusan Econsave.

Mengulas mengenai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pihak syarikat, Mas Imran menjelaskan pihaknya telah menyumbang sebanyak RM10 juta untuk program peringkat sekolah.

“Econsave turut menyumbang bagi program kemanusiaan dengan kerjasama Mycare Malaysia bernilai RM1 juta untuk pembinaan sekolah selain program Madrasah Impian Ku yang mengumpul sumbangan dana sebanyak RM800,000.

“Kita turut menyumbang bantuan perubatan dan pemulihan sekolah sebanyak RM2.5 juta di Gaza Palestin,” tegasnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI