fbpx

Usia dah lanjut tapi pasangan jauh lebih muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG ternama Hollywood seperti (dari kiri) David Foster, Leonardo DiCaprio dan Harrison Ford antara selebriti berusia yang memiliki pasangan jauh lebih muda berbanding mereka.

CINTA itu buta. Mungkin perumpamaan tersebut jelas untuk menggambarkan senario beberapa selebriti lelaki popular Hollywood.

Semakin lanjut usia, semakin muda pula usia wanita yang menjadi kekasih atau pasangan mereka. Malah, ada antara mereka yang memiliki kekasih jauh lebih muda daripada anak sendiri.

Gala minggu ini menyenaraikan beberapa selebriti lelaki Hollywood yang memiliki pasangan yang jauh lebih muda.

Al Pacino

Aktor legenda, Al Pacino kekal dengan status sebagai lelaki bujang sehingga usianya kini sudah mencecah angka 82 tahun.

Sepanjang hidupnya, bintang filem The Godfather itu pernah menyulam cinta dengan beberapa wanita dan memiliki tiga orang anak.

Sebelum ini dia pernah bercinta dengan wanita yang memiliki jurang usia 39 tahun.

AL PACINO

Bagaimanapun pada majlis ulang tahun kelahirannya ke-82 pada April lalu, dia membuat kejutan apabila secara terbuka mendedahkan kekasihnya terbaharunya kini jauh lebih muda.

Dia bercinta Noor Alfallah yang berusia 28 tahun sekali gus menjadikan jarak usia mereka sangat jauh berbeza iaitu 54 tahun.

Leonardo DiCaprio

Aktor filem Titanic, Leonardo DiCaprio, 48, memiliki reputasi gemar menjalin hubungan dengan wanita yang lebih muda.

Antara wanita popular dan jelita yang pernah menjadi kekasihnya adalah barisan supermodel seperti Gisele Bundchen, Bar Refaeli, Toni Garrn dan terbaharu, Camila Morrone, 25.

Biarpun tidak mendedahkan hubungan tersebut secara terbuka, DiCaprio dan Marrone dikatakan mula bercinta pada 2017 ketika aktres dan model itu masih berusia 20 tahun.

Steven Tyler

Vokalis dan penyanyi rock ikonik kumpulan Aerosmith, Steven Tyler, 74, kini sedang hangat bercinta dengan pembantu peribadinya sendiri, Aimee Preston, 33.

Jurang usia 41 tahun antara mereka langsung tidak menghalang pasangan itu mencipta bahagia.

STEVEN Tyler bersama kekasihnya yang juga pembantu peribadi sendiri, Aimee Preston.

Malah, legenda rock itu juga tidak pernah kekok menayang kasih sayangnya kepada kekasih ketika muncul di acara-acara hiburan dan termasuklah ketika berada di tempat awam.

Tyler pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki empat orang anak termasuklah aktres terkenal Liv Tyler yang berusia 45 tahun.

David Foster

Komposer dan penerbit terkenal David Foster, 73, pernah gagal dalam lima buah perkahwinan termasuk bersama Yolanda Hadid.

Foster juga pernah dikaitkan dengan aktres Selma Blair, namun dia akhirnya berkahwin bersama penyanyi, aktres dan pemuzik, Katharine McPhee, 38.

Menurut Foster, jarak usia 35 tahun bukanlah satu masalah buat mereka untuk bahagia. Malah, pasangan itu juga memiliki seorang anak lelaki bernama Rennie David Foster yang dilahirkan pada 22 Februari 2021.

Harrison Ford

Biarpun jarak usia 22 tahun, itu bukan penghalang buat aktor Harrison Ford, 80, berbahagia dengan isterinya, aktres Calista Flockhart, 58.

Ford yang terkenal dengan watak Han Solo dalam filem Star Wars pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan memiliki empat orang anak.

HARRISON Ford bersama isteri, Calista Flockhart.

Dia juga pernah menjalin hubungan dengan beberapa wanita lain termasuk aktres Carrie Fisher.

Bintang gandingannya dalam filem Star Wars itu mengaku pernah menjalinkan hubungan sulit dengan Ford menerusi memoir berjudul The Princess Diarist yang terbitkan pada 2017.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI