fbpx

Kanak-kanak mangsa dera akan ditempatkan di pusat jagaan JKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta ketika merasmikan Program Jerayawara dan Karnival Bangkit Wanita KPWKM Zon Utara di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang disyaki didera ibu angkatnya akan ditempatkan di pusat jagaan kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas selesai menerima rawatan di hospital.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, JKM telah hadir ke hospital bersama pelindung kanak-kanak untuk meneruskan siasatan selain memastikan mangsa dijaga dengan lebih baik.

“Apa yang penting sekarang kita mahu pastikan kanak-kanak itu terus berada dalam keadaan sihat selepas dibenarkan keluar hospital nanti,” katanya selepas merasmikan Program Jerayawara dan Karnival Bangkit Wanita KPWKM Zon Utara di sini hari ini.

Rina mengulas kejadian seorang kanak-kanak didakwa dipukul menggunakan penyangkut baju dan kayu penyapu sampah selain dicucuh dengan pemetik api.

Tindakan kejam pasangan suami isteri yang mencederakan anak angkat mereka hanya kerana enggan makan nasi itu terbongkar apabila video berdurasi 27 saat memaparkan seorang wanita memukul mangsa tular.

Dalam pada itu, Rina menghargai tindakan individu yang melaporkan kejadian berkenaan dan berharap masyarakat lebih prihatin dengan kes-kes penderaan yang mungkin berlaku di sekeliling mereka.

“Sekiranya ada yang mengetahui kes-kes penderaan ini, perkara pertama yang mereka boleh lakukan adalah buat laporan polis atau menghubungi talian Kasih 15999. Mereka juga boleh terus pergi ke mana-mana Pejabat JKM yang terdekat untuk melaporkan kejadian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI