fbpx
DRAMA Extraordinary Attorney Woo lakonan Park Eun-bin dan Kang Tae-oh sedang mendominasi carta tayangan K-drama.

K-Drama Extraordinary Attorney Woo cetus kesedaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SARAT dengan humor, inspirasi dan kesedaran berkaitan golongan penghidap autisme.

Kesemua itu cukup menggambarkan kehebatan sebuah K-drama, Extraordinary Attorney Woo yang kini sedang hangat ditayangkan dalam platform penstriman Netflix.

Drama berkisarkan Woo Young-woo yang merupakan seorang penghidap gangguan spektrum autisme, namun sangat meminati bidang perundangan sehingga berjaya bergelar peguam di sebuah firma guaman terkemuka, Hanbada.

Pelbagai momen menarik berlaku sepanjang dia diberikan tanggungjawab dalam mengendalikan beberapa kes di mahkamah.

Meskipun seorang autistik, kehebatan dan kebijaksanaan Young-woo dalam menyelesaikan sesebuah kes merupakan tarikan utama yang diketengahkan oleh pengarah dalam setiap episod.

Sehingga kini, Extraordinary Attorney Woo meraih jutaan pujian kerana berjaya mengetengahkan isu berkaitan kehidupan penghidap autisme dengan cemerlang.

POPULAR