fbpx

Ingatkan Shuib, rupa-rupanya Yayan Ruhian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR Shuib dan Yayan Ruhian yang disunting netizen kerana didakwa memiliki persamaan wajah.

SEJAK filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ditayangkan, pelbagai perkara lucu yang tular dalam media sosial.

Antaranya kisah lucu yang menyamakan wajah salah seorang pelakonnya, Yayan Ruhian dengan Shuib.

Apa yang mencuit hati, ada yang menyunting foto Yayan dengan meletakkan wajah Shuib.

Foto yang dimuat naik sendiri oleh Shuib itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terhibur dan mengakui wajah mereka mempunyai persamaan.

“Terkejut juga, ingatkan Shuib, rupa-rupanya bukan,” komen netizen yang terhibur.

“Ini kebangkitan pelawak, bukan kebangkitan pahlawan,” seloroh seorang lagi netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI