fbpx

Dua pemegang kad UNHCR ditahan kes pecah masuk rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki warga asing yang juga pemegang kad UNHCR ditahan selepas disyaki terlibat kes pecah masuk rumah. -FOTO IHSAN POLIS

AMPANG – Polis menahan dua lelaki warga asing yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) kerana disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah rumah di Taman Dagang di sini Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 19 Julai lalu kira-kira pukul 3 petang daripada seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun.

“Pengadu yang bekerja sabagai pegawai bank itu memberitahu jeriji pintu belakang rumahnya telah dirosakkan dan berada dalam keadaan terbuka. Beberapa unit pendingin hawa, dapur dan jeriji tingkap juga telah hilang.

“Bertindak atas maklumat, polis telah melakukan beberapa siri tangkapan dan rampasan ke atas dua lelaki warga asing pemegang kad UNHCR berusia 22 dan 26 tahun di sekitar daerah ini dan ibu negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Farouk berkata, semakan mendapati suspek pertama mempunyai satu rekod jenayah lampau, manakala suspek kedua mempunyai lima rekod jenayah.

“Polis turut merampas beberapa barangan yang disyaki dicuri antaranya komponen pendingin hawa serta beberapa alatan pecah masuk rumah. Modus operandi suspek adalah mengumpil jeriji tingkap bilik sebelum melakukan jenayah.

“Kita percaya dengan penahanan kedua-dua suspek ini berjaya menyelesaikan lima kes jenayah di daerah Ampang Jaya,” jelasnya.

Tambahnya, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 28 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana kesalahan pecah masuk rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI