fbpx

Wanita panik lipas terperangkap di dalam telinga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang wanita mendapatkan rawatan di hospital setelah seekor lipas memasuki telinganya. - TikTok

SINGAPURA – Seorang wanita menceritakan detik cemas apabila seekor lipas masuk ke dalam telinganya dan dia dikejarkan ke unit kecemasan selepas cuba melemaskan haiwan itu menggunakan ubat kumur, lapor akhbar The Sun semalam.

Pengalaman pahitnya menjadi tular selepas berkongsi kejadian itu di laman TikTok.

Wanita itu dimasukkan ke sebuah hospital di Singapura selepas cuba melemaskan lipas itu dengan menggunakan ubat kumur. Doktor terpaksa memeriksa telinganya selama lebih setengah jam untuk mengeluarkan serangga itu.

Menurutnya, lipas itu terbang di atasnya ketika dia sedang tidur. Setelah bangun dari tidur, lipas itu masuk ke dalam telinganya ketika dia cuba memukul serangga itu.

“Saya memukulnya dengan sangat kuat kerana panik untuk membuangnya dari katil. Apabila memukulnya, haiwan itu terbang dan masuk ke dalam telinga saya.

“Saya menjerit dengan kuat. Ia sungguh tidak selesa kerana saya dapat rasa ia bergerak-gerak di dalam telinga,” katanya.

Walaupun panjang lipas itu dianggarkan hanya 3 sentimeter (sm), ia masuk ke bahagian dalam telinga sehingga wanita itu tidak dapat mencapainya menggunakan jari.

Wanita itu kemudian memilih untuk menggunakan ubat kumur berbanding air selepas memutuskan untuk melemaskan lipas itu. 

“Pada ketika itu, saya tidak fikir sama ada ubat kumur selamat untuk telinga. 

“Selepas menggunakan penyepit kecil untuk cuba mengeluarkannya, saya memecahkan haiwan itu kepada beberapa kepingan,” katanya.

Dia akhirnya terpaksa bergegas ke unit kecemasan untuk mengeluarkan lipas itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI