fbpx

Parlimen AS lulus RUU lindungi perkahwinan songsang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan keadaan di Dewan Perwakilan pada 24 Jun lalu. - AFP

WASHINGTON – Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) kelmarin meluluskan rang undang-undang (RUU) yang memberikan perlindungan persekutuan kepada perkahwinan songsang melibatkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ketika wujud kebimbangan Mahkamah Agung akan membatalkan perkongsian hidup sejenis tersebut.

Akta Menghormati Perkahwinan itu diluluskan Dewan Perwakilan yang dikuasai wakil rakyat Parti Demokrat dengan undian 267 menyokong dan 157 menentang tetapi masa depannya di Dewan Senat masih tidak pasti.

Seramai 47 wakil rakyat Parti Republikan mewakili anggota dewan Demokrat menyokong RUU tersebut.

Parti Demokrat mempunyai 50 daripada 100 kerusi Dewan Senat dan memerlukan 10 undi wakil rakyat Republikan sebelum RUU itu diluluskan.

Akta Menghormati Perkahwinan akan memaksa negeri-negeri AS mengiktiraf perkahwinan yang sah di sisi undang-undang negeri lain sekali gus melindungi bukan sahaja perkahwinan songsang tetapi perkahwinan berlainan bangsa. 

RUU itu adalah bagi menggantikan Akta Perlindungan Perkahwinan yang menarifkan perkahwinan sebagai penyatuan antara seorang lelaki dan seorang perempuan.

Mahkamah Agung dalam undian 5-4 membatalkan sebahagian daripada peruntukan dalam Akta Perlindungan Perkahwinan yang menafikan faedah persekutuan kepada pasangan seks sejenis dalam tahun 2013 tetapi undang-undang tersebut secara amnya masih diguna pakai.

“Sokongan bipartisan (kedua-dua kerajaan dan pembangkang) untuk Akta Menghormati Perkahwinan ini akan melindungi kesaksamaan perkahwinan dan memastikan bahawa perkahwinan sejenis dan berlainan bangsa juga diiktiraf,” kata Senator Wisconsin, Tammy Baldwin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI