fbpx

Tebuk paru-paru keluarkan 2 liter air sebab vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Akibat penggunaan vape, doktor terpaksa menebuk paru-paru bagi mengeluarkan dua liter air untuk memudahkan pesakit bernafas seperti biasa.

Itu prosedur dilalui pesakit diceritakan oleh Dr. Wan Nazri berhubung kesan penggunaan vape yang mengakibatkan kerosakan kepada paru-paru pengguna.

Menerusi video dimuat naik di YouTube, beliau berkata, melalui prosedur tersebut, doktor akan memasukkan jarum dari belakang pesakit serta menyedut air keluar dan masuk ke dalam beg.

“Jadi doktor masukkan jarum ini sebab hendak buang air untuk senang bernafas dan paru-paru senang berkembang. Jarum itu tidak tembus hingga paru-paru dan paru-paru juga tidak bocor.

“Air ini di dalam selaput paru-paru dan bukan dalam paru-paru, ia berbeza. Keadaan ini dipanggil sebagai ‘pleural effusion’,” katanya menerusi penerangan tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata, paru-paru berair boleh disebabkan pelbagai punca dan tidak hanya merokok semata-mata, malah sewaktu prosedur dijalankan, pesakit tetap berasa sakit ketika dicucuk biarpun telah dibius.

“Fikir berapa banyak liter air keluar dari paru-paru? Dua liter setiap kali keluar banyak,” katanya.

Tambahnya, kajian kes di Barcelona juga menunjukkan, vape boleh menyebabkan kerosakan paru-paru seterusnya meningkatkan risiko paru-paru berair dalam kalangan orang muda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI