fbpx

Sindiket jual, beli semula diesel tumpas, 6 lelaki ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang yang dirampas ketika polis melakukan serbuan di salah satu lokasi.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket menjual dan membeli semula minyak diesel bersubsidi dengan penahanan enam lelaki tempatan dalam serbuan berasingan menerusi Ops Kontraban di Kajang, Selangor dan Johor bermula 12 Julai lalu.

Operasi yang dijalankan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor itu turut merampas pelbagai barangan bernilai RM3,688,850.55.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, serbuan pertama dijalankan pada 13 Julai membabitkan rampasan 25,306 kotak dan botol vape disyaki mengandungi nikotin bernilai RM2,700,000.

“dalam serbuan pada 14 Julai di Johor Bharu, polis menumpaskan satu sindiket menjual dan membeli semula minyak diesel bersubsidi.

“Dalam serbuan itu, enam lelaki tempatan ditahan dan 45,997 liter minyak diesel, empat buah lori, lima unit tangki minyak diesel dirampas,” ujarnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, nilai rampasan bagi kedua-dua serbuan itu adalah RM3,688,850.55.

“PDRM melalui KDNKA akan terus komited dalam melaksanakan operasi membanteras sindiket penyeludupan kontraban dan barangan kawalan subsidi agar ketirisan hasil negara dapat dibendung demi kepentingan masyarakat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI