fbpx

Polis sedia rakam percakapan Lufya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kecederaan dialami Lufya akibat bergelut dengan lelaki yang didakwa cuba menculik anaknya.

PETALING JAYA – Polis bersedia merakam percakapan pelakon dan penyanyi, Lufya Omar berhubung insiden dia didakwa dipukul dengan kayu dalam cubaan menculik anak perempuannya, Laana Haura pada 10 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, setakat ini, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan tersebut.

“Kita menunggu kerjasama daripada Lufya untuk dirakam percakapan.

“Buat masa ini, tindakan sedang dijalankan bagi mengesan suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini hari ini.

Lufya membuat laporan polis mendakwa dia dipukul dengan kayu dalam cubaan menculik anak perempuannya, Laana Haura pada bulan lalu.

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Kota Damansara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI