fbpx

HyunJin digosip bercinta dengan lelaki berusia 44 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HYUNJIN LOONA

KHABAR angin dan gosip palsu sememangnya cukup pantas tersebar dalam dunia hiburan K-pop membabitkan ramai artis.

Meskipun adakalanya gosip yang bertebaran tersebut langsung tidak berasas sama sekali.

Demikian situasi yang dilalui penyanyi HyunJin, 22, selepas dia didakwa menjalin hubungan cinta dengan seorang komposer.

Lebih mengejutkan, lelaki itu dikatakan berusia 44 tahun. Bermakna, jarak usia antara ahli LOONA dan lelaki yang didakwa kekasihnya itu ialah 22 tahun.

Menurut agensinya, BlockBerry Creative, khabar angin tersebut mula bertebaran selepas seorang individu mendakwa dia berjaya menggodam Instagram HyunJin.

Perkara tersebut kemudian pantas tersebar dalam pelbagai lapangan media sosial termasuklah komuniti online dan YouTube.

Bagaimanapun, BlockBerry Creative menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak benar tersebut.

“Kami ingin mengesahkan kepada semua bahawa khabar angin tersebut tidak betul. Kami mengambil maklum terhadap penyebaran berita palsu dalam YouTube,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI