fbpx

1.3 juta isi rumah Britain hadapi krisis kos sara hidup tanpa wang simpanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jurang pendapatan yang ketara dilihat antara golongan kaya dan miskin di Britain. - Getty

LONDON – Satu analisis menunjukkan lebih 1.3 juta isi rumah di Britain kini terpaksa menghadapi peningkatan kos sara hidup tanpa memiliki wang simpanan untuk kegunaan masa hadapan, lapor akhbar The Sun semalam.

Angka tersebut dikeluarkan menerusi audit kekayaan tahunan oleh firma pemikir, Yayasan Resolusi dengan Amanah Keadilan Kewangan.

Selain itu, seramai 400,000 penduduk lain mengatakan bahawa mereka memerlukan bantuan saudara-mara dan rakan bagi membayar bil yang tidak dijangka.

Separuh daripada isi rumah pula didapati mempunyai wang simpanan yang kurang daripada pendapatan sebulan. 

Sementara itu, jurang perbezaan yang ketara turut berlaku antara golongan kaya dan miskin. 

Golongan paling miskin dikatakan empat kali lebih berkemungkinan tidak mempunyai simpanan.

“Ketidaksamarataan dalam kekayaan penduduk Britain menyebabkan kira-kira 1.3 juta keluarga terutamanya mereka yang berpendapatan rendah menghadapi pandemik Covid-19 tanpa sebarang simpanan.

“Kebanyakan keluarga tersebut tidak dapat menabung semasa sekatan pergerakan dijalankan. Mereka kini menghampiri krisis kos sara hidup terbesar dalam generasi tanpa mempunyai wang simpanan mencukupi,” ahli ekonomi di Yayasan Resolusi, Molly Broome. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI