fbpx

PGA cekup 11 PATI Myanmar dalam dua serbuan di Pasir Mas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai enam orang PATI warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah SUV jenis Nissan X-Trail di Jalan Kampung Lubuk Kawah, Pasir Mas semalam. FOTO: IHSAN POLIS

KOTA BHARU – Batalion 7 dan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 11 lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar dalam dua serbuan berasingan di Pasir Mas semalam.

Dalam kedua-dua serbuan itu, kesemua PATI yang berusia 15 hingga 36 tahun dicekup selepas didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri ketika memasuki negara ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, serbuan pertama dijalankan oleh Batalion 7 PGA di sebuah rumah di Kampung Banggol, Kulim, Rantau Panjang kira-kira pukul 8.30 malam.

Menurutnya, dalam serbuan itu, seramai lima lelaki warga Myanmar berusia dalam lingkungan 15 hingga 27 tahun ditahan selepas gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri sebelum mereka dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.

“Dalam serbuan kedua, Batalion 9 PGA menahan enam lelaki Myanmar berusia 19 hingga 36 tahun di dalam sebuan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan X-Trail yang ditinggalkan di tepi Jalan Kampung Lubuk Kawah kira-kira pukul 11.30 malam.

“Pemeriksaan di dalam SUV itu mendapati pemandunya telah melarikan diri dengan meninggalkan kenderaan tersebut bersama kesemua PATI,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Muhamad Zaki, semakan mendapati, SUV itu didaftarkan atas nama sebuah syarikat beralamat di Seri Kembangan, Selangor.

Menurutnya, kesemua PATI dan kenderaan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 55E dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI