fbpx

23 kafeteria UPSI tawar menu Keluarga Malaysia RM3.50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norkhalid (kiri) bersama pemilik Ewan Kafe, Ade Idriani melihat Menu Keluarga Malaysia.

PETALING JAYA – Sebanyak 23 kafeteria yang berdaftar dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan Menu Keluarga Malaysia pada harga RM3.50 demi kebajikan lebih 14,000 mahasiswa khususnya golongan B40.

Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, inisiatif ‘Food Basket Siswa Malaysia’ itu memberi pilihan kepada mereka menu makanan berkualiti pada harga yang rendah.

Menurutnya, dengan bantuan tersebut, pelajar kini boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran tanpa memikirkan perbelanjaan membeli makanan.

“Kami aktifkan UPSI Kami Prihatin untuk bantu pelajar terutama dari keluarga susah, malah ada pensyarah dan kakitangan yang mengambil mereka sebagai anak angkat dan membantu membiayai pengajian mereka”, katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) Prof. Madya Dr. Norkhalid Salimin menjelaskan bahawa penyediaan menu berkualiti pada harga minimum ini adalah usaha yang mencabar.

“Ia amat sukar susulan kenaikan harga bahan mentah di pasaran, namun usaha ini penting bagi membantu pelajar-pelajar,” ujarnya.

Menurut Norkhalid lagi, usaha sinergi juga dilaksanakan secara menyeluruh bersama pengusaha kafetaria di mana universiti akan menyelaraskan kerjasama perolehan bahan-bahan mentah secara pukal.

“Peranan berkenaan dapat membantu pengusaha mendapatkan harga bahan mentah dengan harga yang munasabah.

“Inisiatif ini juga penting bagi memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan berterusan dalam memberi manfaat kepada pelajar,” ujarnya.

Selain itu UPSI turut melaksanakan program untuk meringankan bebanan sara hidup pelajar melalui agihan kepada 150 pelajar daripada Dana Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia (YKS) bagi inisiatif food@campus dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM30,000.00.

Tambahnya, inisiatif Foodbank Siswa UPSI turut menerima sumbangan daripada Sekretariat Foodbank Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kerajaan Negeri dan UPSI dalam bentuk makanan kering. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI