fbpx

Kepala pengantin tersepit pada cermin tingkap kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario kepala seorang pengantin tersepit cermin ketika ingin keluar daripada kereta. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan kejadian kepala seorang pengantin lelaki tersepit pada cermin tingkap ketika ingin keluar daripada kereta, lapor laman berita Suara.com.

Video tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok @immuzki_.

Rakaman itu menunjukkan seorang pengantin lelaki sedang keluar daripada kereta dengan kepalanya bergerak sedikit ke arah cermin tingkap kenderaan berkenaan yang dibuka.

Pada masa sama, cermin itu sedang dinaikkan ke atas. Kepala pengantin itu dilihat tersepit sebelum dia sempat mengalihkannya.

Seorang lelaki yang berdiri berhampiran kereta itu terkejut melihat situasi tersebut.

Dia cuba menolak cermin itu ke bawah menggunakan tangannya. Akhirnya kepala lelaki itu berjaya dialihkan. 

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Astaghfirullah, saya betul-betul minta maaf kerana tak berhenti ketawa,” kata seorang netizen.

“Pakcik tidak menekan butang tetapi secara refleks menggunakan tangan untuk menurunkan cermin,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI