fbpx

Blackpink, PUBG bersatu dalam konsert

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BLACKPINK

SELEPAS mengumumkan kemunculan semula menjelang Ogos depan, kumpulan Blackpink terlebih dahulu bakal mengadakan konsert secara virtual kolaborasi bersama permainan dalam talian popular, PUBG.

Perkara tersebut turut disahkan agensi naungan mereka menerusi Twitter, sekali gus menjadi kumpulan pertama bakal mengadakan konsert secara virtual dalam aplikasi permainan popular tersebut.

“Tarikh bagi konsert virtual tersebut bakal dimulakan selama dua hari iaitu pada 22 dan 23 Julai di Amerika Utara dan pada 29 serta 30 Julai di Amerika Selatan.

“Manakala 23 dan 24 Julai dan 30 serta 31 Julai adalah tarikh bagi konsert secara global dan berskala besar,” tulis mereka.

PUBG menerusi satu kenyataan turut mengumumkan, tiket konsert virtual akan diberikan secara percuma kepada peminat yang memuat turun aplikasi tersebut dan menyertai permainan disediakan dalam platform tersebut bermula 15 Julai depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI