fbpx

Bini positif dadah, bunuh suami guna objek tumpul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengangkat mayat lelaki yang dipercayai mati dipukul isterinya dalam kejadian di Taman Daya, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Polis mengesahkan isteri dan ibu dua anak yang dipercayai membunuh suaminya dalam kejadian di Flat Nipah, Taman Daya, di sini hari ini positif dadah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek yang berusia 36 tahun mengambil bahan terlarang jenis methamphetamine dan amphetamine.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati wanita itu dipercayai membunuh suaminya dengan memukul bahagian kepala menggunakan objek tumpul.

“Suspek yang ditahan pada pukul 9.15 pagi di kawasan berhampiran memiliki dua rekod kes dadah dan satu kes jenayah.

“Hasil siasatan awal, kita percayai wanita itu membunuh pasangannya kerana berada di bawah pengaruh dadah.

“Polis masih mengesan seorang lagi suspek lelaki yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Raub memberitahu, polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.50 pagi selepas mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak bernyawa di dalam sebuah rumah.

Menurut sumber, suspek ditemui dalam keadaan kakinya terikat dengan kesan lebam di bahagian kanan muka. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI