fbpx

Twitter saman Elon Musk kerana batalkan perjanjian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elon Musk mengumumkan hasratnya untuk menarik diri daripada perjanjian pembelian Twitter yang bernilai AS$44 bilion (RM195 bilion). - AFP

WASHINGTON – Twitter menyaman Elon Musk selepas manusia terkaya di dunia itu melanggar perjanjian bernilai AS$44 bilion (RM195 bilion) dalam cadangannya untuk membeli platform media sosial tersebut, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Saman yang difailkan kelmarin di mahkamah Delaware itu bertujuan untuk mendapatkan perintah mahkamah agar Musk melengkapkan proses penggabungan pada harga yang telah dipersetujui, iaitu AS$54.20 (RM240) bagi satu unit saham Twitter.

“Musk enggan menunaikan obligasinya terhadap Twitter dan para pemegang saham kerana perjanjian yang telah ditandatangani tidak lagi memenuhi kepentingan peribadinya,” demikian tuntutan mahkamah.

Pada Jumaat lalu, Musk memaklumkan bahawa beliau mahu membatalkan perjanjian selepas Twitter didakwa gagal memenuhi permintaan bilionair itu bagi memberi maklumat mengenai akaun palsu di platform berkenaan yang merupakan asas kepada prestasi perniagaannya.

“Oh, betapa ironi!” kata Musk menerusi ciapan di Twitter petang kelmarin sebagai memberi respons kepada saman tersebut.

Sementara itu, Penasihat Am Twitter, Sean Edgett memaklumkan mengenai saman tersebut kepada kakitangan syarikat itu menerusi memo yang dikeluarkan petang kelmarin. 

“Selepas menjadikan Twitter sebagai topik perbincangan umum, mencadangkan dan menandatangani perjanjian penggabungan, Musk nampaknya percaya bahawa beliau bebas mengubah fikirannya, ‘membuang’ syarikat begitu sahaja, mengganggu operasi, memusnahkan nilai pemegang saham serta berlalu pergi,” demikian menurut hujah saman yang dikemukakan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI