fbpx

Lelaki Indonesia senyum lebar kahwini 2 wanita serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin lelaki dilihat tersenyum dan ketawa dengan gembira ketika bersanding. – Instagram @viralyes

JAKARTA – Sebuah klip video memaparkan seorang lelaki yang dikatakan mengahwini  dua wanita secara serentak tular di media sosial Indonesia berikutan gambar ketiga-tiga mereka duduk bersanding di atas pelamin, lapor laman berita Berita Hits hari ini.

Rakaman dikongsikan di laman Instagram @viralyes itu memaparkan seorang lelaki  memakai kot diapit oleh dua pengantin perempuan yang mengenakan gaun.

Pengantin lelaki berkenaan tersenyum lebar dan ketawa  gembira di samping kedua-dua pengantin perempuan.

“Beristeri dua,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

Rakaman video itu menjadi tular dengan  netizen memberikan pelbagai pendapat.

“Bahagia sangat yang lelaki itu sedangkan kedua-dua wanita kelihatan tidak gembira,” kata seorang pengguna media sosial.

“Nekad (berkahwin dua) sedangkan kamu tidak tahu bahawa alam rumah tangga itu ‘memeningkan’ kepala,” kata netizen lain. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI