fbpx

Covid-19 masih bersama kita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.
SYED MOHD. HAZIQUE SYED NOR
WARTAWAN EKSEKUTIF

RAKYAT Malaysia perlu ambil langkah berjaga-jaga dan waspada dengan peningkatan ketara kes Covid-19 sejak kebelakangan ini.

Wabak tersebut masih lagi ada di sekeliling kita, menunggu masa untuk menjangkiti kita.

Jangan sesekali alpa, jangan abaikan prosedur operasi stan­dard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan, malah jangan ambil mudah seakan-akan Covid-19 telah lenyap.

Suka untuk diingatkan, baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Malaysia berkemungkinan menghadapi gelombang baharu Covid-19 lebih awal berbanding jangkaan dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang.

Menurutnya, jangkaan itu bukan bertujuan menakut-nakutkan rakyat, sebaliknya sebagai langkah pencegahan.

“Kita melihat bahawa mungkin dalam beberapa minggu akan datang, sekiranya kita tidak mengambil langkah berhati hati kes akan semakin meningkat,” katanya.

Khairy Jamaluddin menasihati individu yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak Covid-19 agar segera berbuat demikian susulan peningkatan jangkitan kes virus itu sejak ke­belakangan ini.

Beliau turut menyarankan rakyat Malaysia yang belum menerima suntikan agar mendapatkan Paxlovid, ubat antiviral di fasiliti Kementerian Kesihatan sejak 15 April lepas bagi merawat pesakit Covid-19 dengan gejala ringan dan sederhana (kategori dua dan tiga).

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hi­­s­ham Abdullah dalam satu ke­nyataan turut memaklumkan, kes harian baharu Covid-19 me­ningkat sebanyak 27.9 peratus dalam tempoh 3 hingga 9 Julai lepas berbanding pada minggu sebelumnya.

Katanya, kes baharu dilaporkan dalam tempoh itu adalah 21,355 berbanding 16,694 kes pada 26 Jun hingga 2 Julai

Sementara itu, pakar kesihatan, Mohd. Dzulkhairi Mohd. Rani berkata, wabak membunuh itu masih lagi berada di sekeliling kita.

Beliau turut menyeru agar rakyat kembali berjaga-jaga dan patuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan peningkatan kes penularan wabak tersebut.

“Mungkin sebelum ini, kita sedikit alpa dan menganggap Covid-19 telah lenyap, namun kita lupa ia masih wujud di sekelililng kita.

“Jadi sebagai rakyat yang bertanggungjawab pakailah pelitup muka, cuci tangan bersih-bersih, elakkan berada di kawasan yang tertutup dan amalkan ‘Test’, ‘Report’, ‘Isolate’, ‘Inform’, ‘Seek’ (TRIIS),” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Menurutnya, orang yang pernah dijangkiti Covid-19 juga masih berisiko dijangkiti.

“Covid-19 kita tahu, ia membawa maut, walaupun seseorang itu pernah dijangkiti, individu itu tetap berisiko dijangkiti sekali lagi sehingga menyebabkan komplikasi-komplikasi yang le­bih serius,” ujarnya.

Tambahnya, walaupun kerajaan masih belum mengenakan kewajiban bagi suntikan dos penggalak kedua, namun adalah lebih baik bagi orang ramai bertanggungjawab untuk mendapatkan sendiri bagi melindungi diri.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, saya fikir, lebih baik jika kita dapatkan dos penggalak kedua ini, ia mampu melindungi diri kita, keluarga dan masyarakat,” kata Noor Hisham.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI