fbpx

Kepala wanita warga emas tersangkut lubang kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersangkut pada lubang kerusi di rumahnya

KLANG – Seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila bahagian kepala tersangkut dalam lubang kerusi dipercayai selepas terjatuh di bilik tidur rumahnya dalam kejadian di Taman Sri Puteri, Meru, di sini hari ini.

Kejadian disedari jiran mangsa yang ketika itu melawat wanita berusia 78 tahun itu yang tinggal bersendirian di rumah tersebut sebelum menghubungi pihak bomba.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.18 tengah hari sebelum tiba lima minit kemudian.

“Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati wanita warga emas itu telah terbaring di lantai dan kepalanya tersangkut di kerusi plastik.

“Mangsa dalam keadaan sedar tetapi tidak bermaya dan kita mengambil masa selama dua minit bagi mengeluarkannya dari lubang kerusi,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, warga emas berkenaan telah diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI