fbpx

Djokovic lebih rela terlepas Terbuka AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC berkemungkinan besar terpaksa menarik diri daripada menyertai Terbuka AS walaupun baru sahaja menjuarai gelaran ketujuh Wimbledon pada Ahad lalu. – AFP

BELGRADE – Selepas merangkul gelaran Wimbledon, Novak Djo­kovic mungkin terpaksa menarik diri daripada menyertai saingan Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat (AS) tahun ini selepas didakwa terus enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Seperti diketahui, status pemain berusia 35 tahun itu masih belum divaksin dan bermakna, dia tidak dibenarkan memasuki AS untuk beraksi pada kejohanan tersebut yang akan membuka tirainya bulan depan.

Sebelum ini, bintang tenis Serbia itu pernah dihalau keluar dari Australia pada Januari lalu disebabkan status vaksinnya, sekali gus gagal mempertahankan gelaran Terbuka Australia.

“Ketika ini saya tidak boleh ke AS, tetapi saya berharap akan menerima berita positif. Namun, masa juga agak suntuk dan saya cuma berharap mendapat berita baik selepas ini.

“Saya ingin beraksi di Terbuka AS, tetapi jika tidak mendapat kebenaran, ia bukanlah peng­akhiran (karier) selama-lamanya. Ia bukan Grand Slam pertama yang perlu saya tarik diri.

“Perkara paling utama adalah saya kekal sihat dari segi fizikal dan mental. Jadi, saya masih mempunyai masa untuk ­bermain dan melakukan persiapan,” ujarnya.

Djokovic meraih gelaran Wimbledon 2022 selepas menumbangkan pemain kontroversi Australia, Nick Kyrgios dalam pertarungan empat set dengan keputusan 4-6, 6-3, 6-4, 7-6 (7-3) pada aksi final Ahad lalu.

Kejayaan itu bukan sahaja membolehkan Djokovic mera­kam kemenangan ke-21 di pentas Grand Slam, malah muncul pemain pertama menjuarai tujuh kejuaraan Wimbledon bermula edisi 2011, 2014, 2015, 2018, 2019, 2021 dan 2022. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI