fbpx

Tunggu lampu hijau pucuk pimpinan UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jahaya (kiri) sedang memotong daging korban pada Program Korban UMNO Bahagian Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – UMNO Kuala Selangor bersedia menerima Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Parlimen tersebut jika pucuk pimpinan parti UMNO memberi restu.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim berkata, Kuala Selangor mempunyai tiga DUN iaitu Ijok, Bukit Malawati dan Jeram untuk ditandingi Tengku Zafrul.

“DUN mana yang ditandingi bergantung kepada keputusan perbincangan saya dan pucuk pimpinan parti tidak lama lagi.

“Ini bermakna kerjasama antara saya dan Tengku Zafrul adalah kerjasama bersyarat.

“Sebagai ahli parti saya akan mematuhi segala keputusan kepimpinan tertinggi dalam soal siapa sahaja yang ingin menjadi calon di kawasan Parlimen Kuala Selangor,” katanya ketika ditemui pada
Program Ibadah Korban UMNO Bahagian Kuala Selangor di Jeram hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Jahaya menolak kehadiran Tengku Zafrul dalam mana-mana program di Parlimen kawasan tersebut.

Mengulas lanjut, Jahaya menjelaskan perkembangan terbaharu itu selepas pertemuan beliau dan Tengku Zafrul selain bersama dalam dua program bersama sebelum ini.

“Tengku Zafrul sebagai calon muda dan mempunyai kebolehan dalam bidang kewangan telah menemui saya dan berhasrat bertanding kerusi DUN.

“Pada saat ini, saya memahami hasrat beliau untuk menjadi pemimpin di negeri ini, namun biarlah pucuk pimpinan parti UMNO yang memberi restu bagi memudahkan gerak kerja dilakukan bersama,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI