fbpx

KWSP i-Lindung bantu pemilikan insurans, takaful

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Badri (tiga kiri) pada majlis pelancaran Pelan Perlindungan Ahli i-Lindung KWSP di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh memanfaatkan Akaun 2 masing-masing untuk membeli produk insurans dan takaful menerusi platform i-Lindung yang dilancarkan pagi tadi.

Ia merangkumi perlindungan hayat dan penyakit kritikal yang disediakan syarikat insurans serta pengendali takaful diluluskan seperti FWD Takaful Berhad, Prudential Assurance Malaysia Berhad, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Life Insurance Berhad dan Etiqa Family Takaful Berhad.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd. Zahir berkata, penawaran perlindungan yang disediakan adalah daripada harga serendah RM30 setahun, bagi perlindungan berjumlah RM10,000.

“Ini bersamaan dengan bayaran kurang RM3 sebulan.” Katanya dalam siding akhbar selepas majlis pelancaran yang disempurnakan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di sini.

Pembelian perlindungan menerusi platform i-Lindung tidak memerlukan pemeriksaan perubatan selain menyediakan sebut harga serta-merta. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI