fbpx

Orang balik kampung, trafik Kuala Lumpur lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jalan utama di Kuala Lumpur berjalan lancar biarpun terdapat kenderaan, berdasarkan tinjauan pada petang ini.

PETALING JAYA – Keadaan lalu lintas di beberapa jalan utama di ibu kota Kuala Lumpur dilihat tidak sesak jika dibandingkan dengan hari biasa, susulan orang ramai pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidiladha.

Tinjauan Kosmo! menerusi laman web jalannow.com pada petang ini mendapati, terdapat kenderaan di jalan-jalan utama dan keadaan trafik juga berjalan lancar biarpun hujan dilaporkan pada petang ini.

Menerusi rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), antara laluan dipaparkan ialah Jalan Sultan Ismail/Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang/Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Ismail/ Jalan P. Ramlee, Jalan Raja berdekatan Dataran Merdeka serta Jalan Tun Razak.

Dalam masa sama, tinjauan media sosial Twitter dan Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan Lebuh Raya Utara-Selatan mendapati, tiada laporan aliran trafik perlahan melainkan hanya disebabkan oleh kemalangan.

Aliran trafik di lebuh raya utama ke ibu kota dijangka akan meningkat bermula esok berikutan orang ramai pulang ke bandar selepas tamat cuti Hari Raya Aidiladha. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI