fbpx

Kanak-kanak terjatuh basikal ditunggang bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kanak-kanak terjatuh dari basikal.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak terjatuh ke atas jalan dari tempat duduk basikal di bahagian belakang, dalam kejadian sewaktu menaikinya bersama bapanya.

Video tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna di dalam Facebook Dashcam Owners Malaysia namun tidak diketahui lokasi serta tarikh kejadian tersebut.

Berdasarkan keterangan video, pengguna media sosial beranggapan kemungkinan kanak-kanak itu mengantuk atau tempat duduknya tidak dipasang dengan ketat bahkan dia turut memakai topi keledar keselamatan.

Menjengah komen-komen ditinggalkan orang ramai, mereka menasihati ibu bapa supaya lebih berhati-hati sekiranya membawa basikal bersama kanak-kanak sekali gus mengambil berat soal keselamatan.

“Bawa anak kecil naik basikal, cukuplah di taman perumahan atau jalan kampung yang kurang kenderaan. Jalan utama pun kau bawa anak, tak sayang anak?,” tegur seorang pengguna media sosial.

“Tempat duduk tidak kemas, kasihan anak. Kayuh dalam kawasan taman lebih baik,” nasihat seorang lagi pengguna media sosial. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI