fbpx

Jemaah terkandas : PDRM terima 57 laporan, kerugian lebih RM2.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular di laman media sosial memaparkan segelintir jemaah haji gagal berlepas ke Tanah Suci.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima sebanyak 57 laporan polis membabitkan kerugian RM2,371,500 berhubung kes penipuan pakej haji UC Travel dan Syarikat Al Amin Umrahhaj.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, bilangan laporan polis tertinggi melibatkan kawasan Selangor dengan 25 laporan diterima dan kerugian sebanyak RM620,000.

“Ia disusuli kawasan di Kuala Lumpur dengan 23 laporan polis membabitkan kerugian sebanyak RM766,500 diikuti Pahang dengan empat laporan(RM874,000).

“Manakala di Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang masing-masing dengan satu laporan polis. Jumlah keseluruhan kerugian sebanyak RM2,371,500,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Terdahulu, Kosmo! melaporkan, hasrat lebih 380 jemaah haji untuk menunaikan Rukun Islam kelima di Tanah Suci dilihat tidak kesampaian apabila mereka terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berikutan dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Difahamkan, kesemua bakal jemaah itu yang datang daripada seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak gagal berlepas ke Tanah Suci selepas tidak mempunyai dokumen perjalanan lengkap seperti visa dan pasport.

Kesemua mereka yang berkumpul di Aras 5 Balai pelepasan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan ibadah itu dan tidak melalui Tabung Haji (TH). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI