fbpx

Pihak berkuasa diminta siasat penjualan daging anak anjing goreng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tular dakwaan daging anak anjing berharga RM22 sebungkus.

PETALING JAYA – Tular di media sosial dakwaan terdapat jualan daging anak anjing goreng berharga RM22 sebungkus, sekali gus mengundang kecaman daripada netizen.

Gambar tersebut dipercayai dimuat naik oleh seorang pengguna di laman Facebook sebelum dikongsikan Persatuan Haiwan Malaysia.

Sehubungan itu, persatuan itu meminta pihak berkuasa haiwan di Sarawak menyiasat pengakuan individu berkenaan berhubung jualan daging anak anjing goreng tersebut.

“Penjualan daging haiwan bukan bertujuan makanan atau tidak sesuai sebagai sumber bahan makanan wajar disekat untuk mengelak masalah penyakit zoonotik atau penyakit berjangkit lain akibat bawaan kuman atau virus.

“Sejarah membuktikan pelbagai penyakit berjangkit wujud akibat pemakanan daging haiwan yang tidak sesuai dimakan manusia mahupun larangan dimakan dalam agama,” katanya pada hantaran Facebook.

Dalam pada itu, Persatuan Haiwan Malaysia memohon rakyat Malaysia melaporkan kes jenayah haiwan domestik menerusi awa.dvs.gov.my dan kes jenayah haiwan liar ke hotline 1-800-88-5151. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI