fbpx

Pearly-Thinaah singkirkan juara Terbuka Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY (kiri) dan Thinaah meraikan kejayaan mereka menewaskan Apriyani-Siti Fadia yang merupakan juara Terbuka Malaysia pada aksi suku akhir Malaysia Masters di Axiata Arena sebentar tadi. GAMBAR - AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah menggembirakan ribuan penyokong yang hadir ke Axiata Arena, Bukit Jalil apabila mara ke separuh akhir Malaysia Masters 2022.

Gandingan No.10 dunia itu mencatat kemenangan 21-18, 21-17 ke atas beregu Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti yang juga juara Terbuka Malaysia 2022 pada aksi suku akhir di Axiata Arena sebentar tadi.

“Kali ini kami selalu ingatkan masing-masing supaya tenang kerana minggu lepas kami tergopoh-gopoh untuk menamatkan permainan. Namun, kami masih ada ruang untuk memperbaiki permainan kami,” kata Pearly.

Kemenangan itu bukan sahaja melayakkan Pearly-Thinaah ke separuh akhir tetapi turut menebus kekecewaan mereka tewas kepada Apriyani-Siti Fadia sewaktu separuh akhir Indonesia Masters bulan lalu.

Lawan Pearly-Thinaah di separuh akhir esok adalah pasangan No.1 dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan selepas menewaskan rakan senegara, Du Yue-Li Wen Mei 21-15, 21-13 di suku akhir hari ini.

Biarpun tidak pernah bertemu sesama sendiri, namun ia pastinya bukan satu tugas mudah buat Pearlu-Thinaah kerana beregu China itu adalah juara dunia dan juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Kita tiada apa-apa tekanan dan akan berikan aksi terbaik esok. Kami perlu dapatkan rehat yang mencukupi dan harapnya dapat bermain lebih baik esok,” jelas Thinaah.

 

WAN ARIF (kiri) dan Haikal tersingkir di suku akhir Malaysia Masters selepas tewas kepada Fajar Alfian-Rian Ardianto di Axiata Arena hari ini. GAMBAR – AMIR KHALID

Sementara itu, hajat gandingan Wan Arif Wan Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri untuk terus melakar kejutan tidak kesampaian apabila tewas di tangan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.

Beregu yang diberi gelaran nama ‘Patatimo Boys’ itu terpaksa akur dengan kehebatan dimiliki pasangan No.5 dunia tersebut apabila kecundang straight-set 10-21, 16-21.

Wakil tunggal beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai juga menerima nasib sama apabila ditunjukkan jalan keluar oleh ranking pertama dunia dari China, Zheng Si Wei- Huang Ya Qiong 11-21, 14-21. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI