fbpx

OldTown, Global Art sebar nilai budaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Art, Mahair Goh (tiga dari kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Liew sambil disaksikan oleh Pengerusi Persatuan Francais Malaysia, Datuk Dr. Radzali Hassan (tengah) di OldTown Sri Rampai, kelmarin.

PETALING JAYA – Rantaian restoran kopitiam halal terbesar negara, OldTown Kopitiam menjalin kerjasama strategik bersama Global Art bagi memberi inspirasi serta pendedahan kepada masyarakat berkaitan budaya Malaysia melalui karya lukisan.

Kerjasama yang dinamakan sebagai Art of OldTown itu memberi peluang kepada karyawan di bawah Global Art untuk mempersembahkan hasil seni mereka di dinding outlet OldTown sedia ada, bermula di OldTown Sri Rampai dan akan diperluaskan ke lokasi-lokasi lain.

Ketua Pegawai Eksekutif OldTown Kopitiam, Dawn Liew berkata, usaha itu merupakan salah satu inisiatif syarikat untuk menyegarkan jenama serta mempelbagaikan strategi pemasaran untuk terus kekal re­levan.

“Karya lukisan ini bertepatan dengan objektif baharu OldTown dalam misi penyegaran jenama, iaitu menerapkan nilai tempatan dalam setiap konsep rekaan dalaman premis.

“Ini kali keempat OldTown menukar konsep rekaan dalamannya sejak mula beroperasi pada tahun 2005,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI