fbpx

323 bas diperiksa, lebih 600 pemandu bebas dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifly (tengah) beramah mesra bersama penumpang pada Operasi Khas dan Pemantauan HRAA 2022 di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 600 pemandu bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini didapati mempunyai dokumen sah serta bebas daripada pengaruh dadah menerusi Ops Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2022 yang dilaksanakan semalam dan hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Zulkifly Ismail berkata, sebanyak 323 bas turut diperiksa bagi memastikan keselamatan penumpang yang ingin pulang ke kampung.

“Setakat dua hari ini, kita telah memeriksa keadaan bas dan memastikan ia berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

“Kesemua pemandu juga didapati mempunyai dokumen iaitu lesen dan permit yang sah serta bebas daripada pengaruh dadah,” katanya semasa sidang akhbar Operasi Khas dan Pemantauan HRAA 2022 di TBS, di sini hari ini.

Menurut Zulkifly, Ops Motosikal Khas HRAA 2022 juga turut diadakan di Plaza Tol Batu pada semalam dan hari ini.

“Kita juga mengeluarkan sebanyak 337 saman manakala 20 motosikal turut disita atas pelbagai kesalahan,” ujarnya.

Tambahnya, operasi itu juga dipertingkatkan menerusi kerjasama bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi memastikan pemeriksaan saringan air kencing dapat dilaksanakan secara menyeluruh kepada semua pemandu pertama dan kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI