fbpx

Stailo, kacak teruk, gaya botak G.I Jane Sharifah Sakinah dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARIFAH SAKINAH kini tampil dengan gaya rambut botak yang mencuri perhatian.

PETALING JAYA – Persis watak G.I Jane lakonan oleh Demi Moore. Demikian gambaran imej terbaharu pelakon Sharifah Sakinah apabila tampil berani dengan gaya potongan rambut botak seperti yang dikongsikan dalam Instagramnya.

Sakinah menerusi kapsyen yang ditinggalkan pada gambarnya seolah-olah turut menyamakan dirinya sebagai watak G.I Jane lakonan aktres Hollywood, Demi Moore.

“And the Oscars gose to (dan penerima anugerah Oscars jatuh kepada) G.I Janes,” tulisnya ringkas.

Perkongsian imej berkepala botak oleh pelakon berusia 33 tahun itu juga telah mencuri perhatian peminat apabila rata-ratanya teruja dan memuji keberanian dirinya tampil dengan imej sebegitu.

Bahkan ramai juga rakan-rakan selebriti turut sama ‘jatuh hati’ dengan imej botak yang dibawakan Sakinah apabila memberi maklumbalas positif kepadanya.

“OMG! (Oh My God) Kinah (panggilannya). Stylo!,” kata pelakon Hun Haqeem.

“Aku tak boleh move on (lupakan), Kacak teruk!,” ujar pelakon Janna Nick.

Terdapat juga segelintir pengikutnya mengusik pelakon siri Hantu Raya Pergi Perang itu dengan menyifatkan imejnya berkepala botak persis seperti beberapa bintang antarabangsa lain antaranya Jada Pinkett Smith dan Miley Cyrus.

“Imej awak mengingatkan saya pada isteri pelakon Will Smith (Jada Smith),” kata seorang pengikutnya.

“Ingatkan Miley Cyrus tadi,” usik seorang lagi peminatnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI